SESI 2019

Lawatan Rasmi Tuan Pengarah Pendidikan Perlis, Tuan Haji Izmi bin Ismail serta beberapa orang pegawai dari JPN Perlis ke SK kampong Serdang sempena hari pertama sesi persekolahan 2019.

LADAP

04 Oktober 2018, Satu LADAP berkenaan dengan penggunaan TARSIA, i-THINK, PUZZLE dan MIRRORING telah dilaksanakan di Makmal Komputer sekolah. Tujuan LADAP tersebut dilaksanakan adalah untuk memberikan gambaran kepada para guru cara penggunaannya semasa didalam PDPc. Secara tidak langsung ianya berkait rapat ke arah PAK21. LADAP tersebut telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar Encik Mohd Nadzari bin Baharom.

BAS PINTAR 2018

27 September,kunjungan bas PINTAR adalah suatu usaha untuk mempromosikan teknologi dan dunia tanpa sempadan terutama pada pelajar-pelajar luar Bandar. Pihak sekolah rasa berbesar hati dan rasa amat bertuah kerana terpilih dalam siri lawatan ini. Semua pelajar dapat merasai pengalaman menaiki bas pintar selama mereka berada di sini.

PINTAR adalah singkatan kepada Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility adalah program sekolah angkat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah luar bandar. Sejak dilancarkan, PINTAR telah melaksanakan banyak aktiviti untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah di bawah program ini. Pelajar banyak diberi pendedahan mengenai aktiviti berasaskan STEM, terutamanya pembelajaran berasaskan robotik dan IOT.

ASYURA 2018

PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH 2018

Tarikh               : 20 SEPTEMBER 2018 ( Khamis )
Tempat             : Sekolah Kebangsaan Kampong Serdang

Program Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis bertarikh  20 September 2018 . Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan PIBG SK Kg Serdang. Semua warga SKKS meliputi murid-murid pra sekolah hingga tahun 6  serta ibu bapa / penjaga murid pra sekolah terlibat dalam program tahunan ini. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi ukhwah antara warga sekolah dan juga ibubapa.

Sambutan yang bertemakan “ Menyantun Umat Membawa Rahmat” bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikiran positif untuk mencapai kemajuan di samping tabah dan gigih dalam menuntut ilmu untuk menjadi umat yang cemerlang.

Continue reading ASYURA 2018

DOKTOR MUDA

PROGRAM DOKTOR MUDA


Satu Program anjuran KelabDoktor Muda SK Kg. Serdang dengan kerjasama Klinik Pergigian Kuala Sanglang iaitu penjagaan gigi dengan cara yang betul. Program ini diadakan pada hari Khamis 20 September 2018. Program ini mensasarkan kesemua pelajar dari tahun 1-5

 

 

SAYANGI MALAYSIAKU

 PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

TARIKH                 :  14 SEPTEMBER 2018
HARI                      :  JUMAAT
TEMPAT               :  DATARAN PERHIMPUNAN / KANTIN SKKS

OBJEKTIF             :  Pada akhir program murid-murid dapat:

  1. Meningkatkan semangat patriotik dikalangan murid-murid.
  2. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan negara.
  3. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.

SASARAN            :  Semua murid

BUTIRAN AKTIVITI:
Continue reading SAYANGI MALAYSIAKU

MERDEKA 61

KAYUHAN ANAK MERDEKA
Program Kayuhan Anak Merdeka dilaksanakan pada 12 september 2018 dengan kerjasama dari pihak Seklah Kebangsaan Changkat Jawi Perlis. Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada 30 buat basikal, 3 buah kenderaan serbaguna, marshall bermotosikal dan dengan kerjasama oleh pihak PDRM.

HOUR OF CODE 2018

Perlaksanaan Program Hour Code 2018 unutk para pelajar
tahun 4 Arif dan 4 Bestari. Program tersebut dikendalikan oleh
En.Mohd Rizal bin Ghani.

Kempen Hour Of Code merupakan kempen kesedaran yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesederan murid terhadap pengekodan (coding ) dan pengaturcaraan selari dengan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (semakan) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer yang menerapkan elemen pemikiran komputasional dan komputer asas sains.

JAYA WARIS

MAJLIS JAYA WARIS DAN MAJLIS PENYERAHAN WANG KWAMP/eKasih 2018

Tarikh               : 20 & 21 April 2018
Tempat           : Kelas tahun 1 hingga 5 dan Dewan Harmoni SKKS

Kejayaan pendidikan para murid merupakan kayu ukur kepada kejayaannya di masa hadapan. Dengan pendidikan yang baik nasib seseorang murid mungkin berubah kea rah yang lebih baik seterusnya membantu keluarganya meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka. Justeru itu, program perjumpaan dengan waris untuk berbincang tentang permasalahan murid perlu diadakan dari masa ke semasa. Perbincangan awal di antara para ibu bapa dengan guru mungkin dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih proaktif lagi.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Jaya Waris untuk kali pertama pada 20 dan 21 April 2018 . Majlis Jaya Waris bagi murid tahun 3 hingga 5 telah diadakan pada 20 April bersamaan hari Jumaat bertempat di kelas masing-masing bermula jam 11.00 pagi hingga 12.10 tengah hari. Manakala Majlis Jaya Waris bagi murid tahun 6 pula telah diadakan pada 21 April bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Harmoni SKKS. Antara objektif  program ini ialah :

  1. Membolehkan para waris berbincang dari hari ke hati tentang pencapaian akademik anak-anak mereka.
  2. Memberi motivasi kepada para murid terutamanya murid tahun 6 untuk berusaha dengan lebih tekun lagi dalam meningkatkan prestasi akademik mereka.
  3. Memberi ruang kepada para waris mendengar pemasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka semasa berada di sekolah
  4. Melihat perkembangan prestasi akademik anak-anak pada semester pertama persekolahan.

Continue reading JAYA WARIS

PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SERDANG, PERLIS